Sabtu, 29 Ogos 2009

~Adam...Nur Kasih Ep14~

aidil sampai je sara buat2 pengsan, tetapi Ila(housemate Nur) balik rumah sbb tertinggal kunci kereta. Pada masa yang sama jiran sebelah rumah di serbu JAIS(sedangkan telah berkahwin). Ila dapat hidu apa yang sara cuba lakukan sebenarnya.

Nur & Adam semakin mesra, adam membawa Nur makan di restoran mewah & Nur gembira sangat bila bersama adam.

Tetapi keadaan menjadi keruh apabila sara menceritakan kepada adam tentang keakraban kakaknya dan abg aidil semasa adam tinggalkan nur. Sara menceritakan yang aidil pernah sukakan kakaknya dan ingin berkahwin dengan kakaknya. Adam menjadi marah dan menjauhkan diri dari Aidil. Puas aidil mencari, akhirnya adam pulang ke rumah dan aidil mencerikan segalanya.

Adam bertemu dengan nur untuk mendapatkan penjelasan & cuba menceritakan pada Nur yang dia mempunyai isteri selain Nur. Nur terkejut, sedih dan menganggap dirinya dipermaikan oleh adam lagi sekali(sedihnya..iskh..sob..sob). Nur menganggap dirinya terlalu bodoh kerana mempercayai adam telah berubah lalu menjauhkan diri dari adam.

katrina telah keluar dari hospital, tetapi terkejut mengetahui adam mempunyai isteri lain apabila terserempak nur di pejabat. adam menceritakan segalanya tentang perkahwinan dia dan nur ketika bapanya sakit. adam mengatakan kini dia menyintai nur. katrina telah meninggalkan adam..will be continued..

*cerita ni menjadi semakin series la..
*adam banyak nangis dalam episod ni..ms nangis peluk aidil, adam chumel sangat..hu~
*geram giler sbb channel noris(youtube) dah xleh buka..TVx hantar letter kat dia & bagi warning.
*kena nengok kat channel TVx online..mnyampahla sbb ada iklan..hadoi..
*next episod, scene kat jeddah..apa ending citer nie eh agaknya..hurm..
*love this Drama ~ mendidik jiwa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan