Sabtu, 15 Ogos 2009

~Adam...Nur Kasih Ep12~

Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bos Nur. Nur tidak senang dengan kehadiran Adam & Adam putuskan untuk meletakkan jawatan andai Nur merasa senang dengan keputusannya. Tetapi Eddy(kawan Adam'bos' Nur) tidak mahu kehilangan Adam kerana Adam its a Brilliant Arkitek. Eddy menceritakan pada Nur atas apa yang telah berlaku kepada Adam semasa Adam di Australia(kehilangan pekerjaan, masuk penjara kerana mabuk semasa memandu) Adam juga merupakan classmate dia sewaktu belajar dan dia tahu siapa Adam, keran itu dia mahu membantu Adam. Nur terkejut dan sedih mendengar kisah Adam dan minta Eddy panggil Adam untuk bekerja semula. Adam berterima kasih pada Nur(di pejabat Adam dan Nur main jeling2=comel jer..he)..ada satu scene Nur pulang lewat dan tertido di pejabat, Adam selimutkan Nur dengan kemeja Adam..Kemudian Nur tersedar, dia nengok Adam lak tertido pastu dia selimutkan Adam dengan kemaja itu semula(ni pon comel jugak..he..dalam hati Nur, Nur mahukan Adam tetapi Nur keraskan hati kerana masih teringat apa yang pernah Adam buat padanya). Nur mencari merata paper work yang untuk dibentangkan tetapi tiada di atas mejanya. dia menuduh Adam mensabotajnya kerana Adam yang paling last berada di pejabat. Tetapi Nur silap, Adam yang lukis semula paper work Nur kerana Nur telah tumpahkan air tetapi Nur xsedar krn Dia tertidur(baiknnya Adam..hu)

Keadaan Katrina semakin teruk. Pil tidur yang di ambil melebihi dos. Semakin hari semakin kuat dengan arak. Hubungan dia dan Adam semakin renggang. Adam tidak tahu apa yang harus di lakukan dan meminta pandangan Aidil. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina kerana Katrina masih trauma dengan kehilangan anaknya.

Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil. Dia bekerja di Biro tempat Aidil bekerja. Dia sanggup melepaskan peluang bekerja dalam bidang yang yang berkaitan dengan kelulusannya semata-mata kerana Aidil walaupun hanya pembantu kepada Aidil(hurm..xyah buang masa la kalu Aidil tu macam xberapa suka je kat dia..sarah comel tapi cam nakal sket..macam ada api kebencian pada sesiapa yang mendekati Aidil termasuk kakaknya..'suka biasa-biasa suda, cinta itu akan memusnahkan andai kita terlalu cinta')

masa nak ending Nur & bos kena p site untuk projek company dia, tapi bos xdapat pegi sbb anak dia denggi dan dia wakilkan Adam..Nur macam xsuka bila nampak Adam(huhu..dah bermula episod antara Nur dan Adam...sbb episod ni diorang kena stay kat site untuk beberapa hari..xsaba nak tunggu minggu depan)

~Adam semakin lembut hatinya & semakin matang, semakin kuat hatinya dengan Tuhan..
~Nur pulak semakin keras hatinya pada Adam, masih ada kebencian pada Adam..apa yang dia buat pada Adam sekarang sama seperti apa yang Adam buat padanya dulu...tapi masih ada bunga-bunga kelembutan hati Nur kerana Nur menyayangi Adam dari zaman kanak-kanak..

okeyla..see ya for the next episod...
ash nak bersiap-siap nie..nak p Jengka 3hari..kena drive sbb yang p semua gurl..opis sewa angsa dan wira..nak try bawak angsa la jalan jauh2 nie..huhu~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan