Isnin, 14 September 2009

~Buka Puasa Myvians 2009~


a litte bit slide show dr sy seorang amatur..hu~..layanz~

CP Ghulam Mee Kota Damsyik-Konvoi dgn Polis


Iwan, Sinyu & ...(xtau nama..hu~)
Nux pun nak berdukung gak ker??Ayak~
Encik Polis
Registeration time
eh aku jadi urusetia meja pendaftaran rupanya :P
zul, lep, epul, dzal, aSh & aylanin
Dzal..dah cam P Ramlee aku nengok ko ni dzal oi~

aSh & eza sukan
yah ganu & aSh
aSh & aylanin

wife zaid, aSh & anakanda zaid
myvians gurl
ewah..ewah..manjanya muka aSh..hu~
amboi berianya nyanyi lagu raya
myvians the famili
from cheda

~Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin~

Sungguhpun batas kejauhan kian terasing..
namum aku tidak pernah melupakan semua sahabat-sahabatku..
tambahan pula di lebaran yang mulia ini..
10 jari kususun tanda kemaafan di pinta..
maafkanlah segala kekhilafan..
mudah-mudahan Lebaran ini memberi wadah baru buat kita semua...
Cahaya Aidilfitri kali ini memberi segala sinar buat kita..Amin..
Salam Mawaddah Seribu Kerinduan..aSh~

Sabtu, 12 September 2009

~Fav Movie, Drama...an so on~

Tetiba cam rajin pulak nak post psl cerita-serita yang best di hati ash
& ash ingat sampai bila-bila..laayaaaan...hu~

citer nie psl persahabatan, ash suka sangat...zaman childhood~..3best frend..ms kecil raj menunjukkan minat pd tina..tapi tina biasa2 jer..1hari raj & famili berhijrah ke Oversea atas urusan kerjaya bapanya..sampai di England raj terus email tina, kebetulan pooja ada bersama tina di rumah..tina malas nak balas email tu, jadi pooja la yang membalas..saling berbalas email sehingga dewasa..Raj ada beri 1 lagu dalam email dan pooja pula hafal nada lagu tu..di mana dia berada dia akan harming lagu tu..

Famili raj ingin pulang ke india untuk menjenguk sanak saudara, raj ingin sangat bertemu dgn insan yang berbalas email dgn nya krn telah ada rasa sayang..pooja jd serba salah dia ceritakan segalanya pd tina yang selama ni dia berbalas email dgn raj & menggunakan nama tina, dia minta tina berlagak seolah2 dia y balas email tu..bila bertemu raj, tina pula jatuh cinta dgn raj..tetapi raj hairan kenapa perangai tina berlainan daripada email-email yang dia terima..pooja pasrah demi persahabatan..

Satu hari pooja dapat sambung belajar di england, pooja bertemu raj & raj bawak pooja jalan2..bila di gereja, pooja xsedar yang dia harming lagu raj, raj kaget dan terkejut krn hanya dia dan insan y berbalas email dgn nya yang tahu psl nada lagu tu..baru raj sedar pooja yang selama ini berbalas email dgn nya..ada konflik bila bapa tina mati..raj dgn rasa bertangungjawab & seba salah untuk berkahwin dgn tina sedangkan dia cintakan pooja..tetapi atas dasar persahabtan pooja xmahu raj beritahu sesiapa tentang hubungan mereka dan minta raj berkahwin dgn tina..(sedey ni)..smpai masa untuk berkahwin, tiba-tiba tina sedar tentang hubungan raj & pooja..akhirnya tina satukan raj & pooja..happy ending

*nenges jugak la nengok citer ni..sumer citer hindi buat ash nanges..iskh..sob...sob

Biscuit Teacher & Star Candy
1st cerita yang ash suka sangat-sangat..sampai hari ni masih teringat..citer korean..dalam banyak-banyak citer korea y ash nengok ni paling faberet..Na Bo Ri adalah pelajar sekolah tinggi yang lemah dalam serba serbi perkara..tidak berapa pandai serta banyak perkara yang dia buat akan menjadi huru hara..dia minat seorang guru lelaki yang paling hensem kat sekolah tu, dia berjanji walau apa pun selepas tamat belajar dia nak mengajar di sekolah tu..misi utama nak pikat laushe Ji Hyun Woo(sengal tol misi dia neh)..

Akhirnya dia berjaya jadi guru di sekolah tu walaupun kelulusan dia xseberapa..interview pon kantoi..sampai interview banyak kali..hu~..dia diterima dengan syarat, dia kena mengajar murid-murid dari kelas nakal dan dia perlu memberi keutamaan pada Park Tai En(pelajar paling nakal-jahat tahap dewa, dia merupakan anak guru besar sekolah tu..dia nakal krn konflik keluarga bila bapanya berkahwin lain)..

Tai en ni jahat gila, dia xsuka bila selalu bagi perhatian & tegur dia di dalam kelas..lagi tai en menyampah bila di luar waktu sekolah pon cikgu ni asik nak jaga dia..semua y dia buat salah..Tai en selalu kenakan laushe dgn macam-macam perkara(korang kena nengok sendirik-mmg nakal giler dia neh-i likeeeeee...hu~)..

Dalam masa yang sama, tanpa di sedari Tai En telah jatuh cinta dgn laushe..sikap dan perangai dia terus berubah..apa yang laushe kata dia ikut dan turutkan..tiba-tiba Tai En menjadi lover(jiwang giler mamat nih bila dia jatuh cinta)..macam-macam dia buat untuk pikat hati laushe..tetapi ada konflik bila laushe Hyun Wo(misi Bo Ri) jatuh hati pada Bo Ri(misi Bo Ri berjaya)..Bo Ri po suka la..impian dia yang bertahun lamanya akhirnya tercapai..diorang bercinta..Tai En sedar saingan dia, dia juga sedar y laushe Bo Ri dari dulu sukakan laushe Hyun Wo..tetapi Tai En tetap cuba pikat hati laushe..(Hyun Wo suka dgn Bo Ri sbb dia wanita yang polos..chumel bila dia membuat huru hara..dia xsecantik mana..tetapi hati Hyun Wo tetap suka..i likeeeeeee laki mcm neh..hu~)

Hubungan Bo Ri & Hyun Wo sampai kepada keputusan untuk berkahwin..Bo Ri setuju, tetapi Bo Ri terasa yang dia xbahagia..hati dia kuat dengan Tai En dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan..dia sedar yang selama ini dia hanya sukakan laushe Hyun Wo tetapi bukan cinta..dia suka bila bersama Hyun Wo, tetapi bukan untuk sepanjang hayat..Hyun Wo sedey sgt..

Bo Ri dan Tai En bercinta(time ni chumel sangat diaorang ni-loving giler..Tai En happy sangat-sangat dan dia ada semangat u belajar)..tetapi terjadi konflik bila hubungan mere x di restui keluarga..sebab utama keran perbezaan umur, darjat..Bo Ri di anggap xsedar diri, dia di terima bekerja untuk memberi perhatian sebagai guru tetapi sebaliknya yang berlaku..macam-macam halangan berlaku..tetapi happy ending akhirnya..both of them kawen~

*suka sangat sbb Tai En nakal..budak nakal boleh jd lover jugak akhirnya..

~Movie or lain-lain Drama ada, tapi ash xingat..y ash ingat ni adalah paling fav..i likeeeeeee it~

~Adam...Nur Kasih Ep16~

Adam masih menuggu dan mengharapkan Nur..tapi Nur xpasti, hatinya masih tercari-cari apa yang dia inginkan..Nur juga takut menerima Adam..bermacam persoalan bermain di dalam hati dan fikiran Nur..Menjauhkan diri dari Adam bukan maksud membenci, bukan maksud untuk menghukum Adam..tetapi Nur sedang mencari erti kebahgiaan yang hakiki..Nur masih mencari apa yang hatinya inginkan..

This week psl Adam & Nur xbanyak..Aidil jumpa dengan seseorang..pelajar Malaysia yang berada di Jeddah..mungkinkah itu jodoh Aidil?Alia..

*Last day aSh dapat sinopsis full version..ep cita ni smpai 26..bila baca, ash dapat bayangkan di layar pula bagaimana..cuma kalau nengok di layar perak lebih menarik..
*Happy ending akhirnya nnt, tetapi masih ada konflik bila Aidil berkahwin dgn Alia..Adam pula membawa diri..diaorang ada anak2 nnt..lovely..

(this week kontot pulak aSh citer..hu~)

Jumaat, 11 September 2009

~Pic classmate, baking, sewing an so on~

1st time guna movie maker..layannnnn~










kek coklat kukus..yummy









mesin jahit bucuk ash (6tahun dah die) beli masa praktikal(PUO)..
ajoi kata kalu pindah jgn ajak dia angkat mesin nie, berat giler..
ms bawak cini nak pengsan gak la mengangkat ke tingkat 3..hu~


potong kain..adeh, besepah umah~

~Ramadhan, class, opis..& aSh..~

~Ramadhan~
Sekejap jer ms berlalu..hari ni dah masuk 21 Ramadhan = 21 hari berpuasa..awal ramadhan penuh dengan kerahmatan..pertengahan ramadhan adalah pengampunan..pengakhiran adalah keberkatan..

Kat rumah ada 2surau, 1dekat sangat dgn rumah...1 lagi jauh sikit..yang dekat tu bila bertarawikh rasa tenang dan aman..dalam menghayati bacaan ayat-ayat al-quran yang di baca oleh imam ash xsedar knp air mata menitis..bukan sikit tapi..hanya tuhan yang tahu..basah jugakla telekung tu dgn air mata dan hingus(he~)..yang jauh sikit tu suraunya besar, tapi riuh dgn budak-budak..samapai xdengar apa yang imam baca..iskh..sekali dua jer pegi, xrasa kusyuk kat sana..ramadhan membuatkan ash rasa tenang dan bahagia..ini yang ash harapkan..Alhamdulillah..Ash tahu Allah Maha Mengetahui apa y ash inginkan..

20 Ramadhan genap 3tahun arwah ateh pergi..Al-Fatihah..ateh, along selalu doakan untuk ateh..mudah-mudahan ateh bahagia di sana..mak pun dah semakin hilang kesugulan, dengan kehadiran anak-anak angah..mak xmacam masa mula-mula ateh pergi..ada bahagia di mata mak..ingatan mak pada ateh tetap ada, ia xkan pernah padam..tetapi dengan telatah anak-anak angah ia cukup untuk membaluti kerinduan mak pada ateh..aiman dah semakin dewasa, tahun depan dia tadika, aiman pandai jaga adik..putra pon, tapi putra xpandai cakap lagi..alif dah pandai berdiri dan bertaktih, bila jatuh dia bangun..comel bila dia nangis sbb terjatuh sendiri..along rindukan ateh..kami semua rindukan ateh..mak apatah lagi..

~Opis~
Kijer opis macam biasa..tapi mcm fed up pulak bila selalu berjalan jauh sbb parking xder..nengokla next year nak beli skutter(larat ker skutter tu bawak ash?..hu~)..pagi p opis bawak skut, balik umah amik kete p class plak..hurm, dah kena budget untuk 2benda..service 2 benda..semua ni kena timbang & sukat balik..

~Class~
Class??..huhu~bz dgn test & test..minggu test..almaklumlah, dak fulltime mid term skang tapi kami PLK xder mid term so Lecturer amik pendekatan test sbg kami nyer add on marks..kire cam side order la(mcm mcD la pulak) semua tu untuk carry marks they said..dalam banyak-banyak lecturer, Dr rauf tegas sket..no cheating..no books..no notes..this is Ramadhan(heheh~)..test lain-lain ok..bleh tiru & bleh nengok2 toyol sbb lecturer sporting..\o/ yey..tapi final xbuat arr gitu..insY terbaaaeeekk wok..

~aSh~
Dalam sibuk2 tu sempat wat baju(tahun ni tema kurung moden~chewah), baju kurung angah, baju mak-sblm posa tu ada bg kain kat mak..dia kata nak bg kawan dia jahit..dulu-dulu masa kecik2 baju raya bertema..bila adik2 dah makin membesar ni, dah xder tema pon..last year kebetulan sama dgn dek wan(kuning)..aritu mak kata dia nak baju melayu biru(tunggu along balik..ala, manja betul la..)aritu ada belikan baju ben10..dah lama dia nak, pastu bila dah beli dia pakai ketat sikit..huhu, along dia xsedar yang adiknya semakin bulat..huhu~..baju xberapa nak siap lagi ni bz plak wat kueh untuk mak(hahaha..dah beli oven baru la katakan)..ash xamik cuti tahun ni, this wenesday still ada class..4 Syawal dah masuk opis..bos-bos ramai xder(yihuuuuu..leh wat notes & study sket~konon2 la neh)..

next post aSh letak pic & video wif my fwen..

Sabtu, 5 September 2009

~Adam...Nur Kasih Ep15~

setahun lamanya nur menjauhkan diri dari adam..nur membawa diri ke jeddah dan bekerja di sana..adam pula beriktikaf di masjid dan mengharap kepulangan nur..adam membawa ibunya & abg aidil untuk mengerjakan umrah..niat adam ke sana untuk beribadah & adam tahu nur berada di sana, tetapi adam tidak tahu alamat dsbg tentang nur..adam hanya mengharap Allah memberi peluang untuk bertemu dgn nur dan mengampunkan segala dosanya..ibu adam & kedua ibu bapa nur telah tahu segalanya tentang perkahwinan adam dan nur..

di jeddah, aidil menceritakan segalanya tentang adam selepas pemergian nur..tetapi nur tetap dgn pendiriannya..nur tidak mahu dipengaruhi oleh sesiapa hatta ibu atau abg aidil..nur tidak mahu terluka lagi..tetapi adam mengatakan dia akan menuggu nur sampai bila-bila..hati nur sayu dan menitiskan airmata~

sambung next week...

*nur ada bertanyakan tentang katrina, tetapi adam mmg xtahu di mana dan bagaimana keadaan kat..
*mana ada lelaki yang macam adam skang ni..org y ash sayang xpernah pon cari ash dan mengakui kesilapan y lalu..
*suka sangat cerita ni sbb kisah nur mcm ada persamaan dgn ash cuma nur dan adam terikat dgn perkahwinan..jodoh tetap kuat walau apa pun yang terjadi..ash jugak sering di sakiti tetapi xpernah sekali mendengar ucap maaf atau kata kesal kerana melukakan..
*Allah Maha Mengetahui..insY..satu hari pasti Dia temukan ash dgn pilihanNYA yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz..Amin..

Sabtu, 29 Ogos 2009

~Adam...Nur Kasih Ep14~

aidil sampai je sara buat2 pengsan, tetapi Ila(housemate Nur) balik rumah sbb tertinggal kunci kereta. Pada masa yang sama jiran sebelah rumah di serbu JAIS(sedangkan telah berkahwin). Ila dapat hidu apa yang sara cuba lakukan sebenarnya.

Nur & Adam semakin mesra, adam membawa Nur makan di restoran mewah & Nur gembira sangat bila bersama adam.

Tetapi keadaan menjadi keruh apabila sara menceritakan kepada adam tentang keakraban kakaknya dan abg aidil semasa adam tinggalkan nur. Sara menceritakan yang aidil pernah sukakan kakaknya dan ingin berkahwin dengan kakaknya. Adam menjadi marah dan menjauhkan diri dari Aidil. Puas aidil mencari, akhirnya adam pulang ke rumah dan aidil mencerikan segalanya.

Adam bertemu dengan nur untuk mendapatkan penjelasan & cuba menceritakan pada Nur yang dia mempunyai isteri selain Nur. Nur terkejut, sedih dan menganggap dirinya dipermaikan oleh adam lagi sekali(sedihnya..iskh..sob..sob). Nur menganggap dirinya terlalu bodoh kerana mempercayai adam telah berubah lalu menjauhkan diri dari adam.

katrina telah keluar dari hospital, tetapi terkejut mengetahui adam mempunyai isteri lain apabila terserempak nur di pejabat. adam menceritakan segalanya tentang perkahwinan dia dan nur ketika bapanya sakit. adam mengatakan kini dia menyintai nur. katrina telah meninggalkan adam..will be continued..

*cerita ni menjadi semakin series la..
*adam banyak nangis dalam episod ni..ms nangis peluk aidil, adam chumel sangat..hu~
*geram giler sbb channel noris(youtube) dah xleh buka..TVx hantar letter kat dia & bagi warning.
*kena nengok kat channel TVx online..mnyampahla sbb ada iklan..hadoi..
*next episod, scene kat jeddah..apa ending citer nie eh agaknya..hurm..
*love this Drama ~ mendidik jiwa...

Ahad, 23 Ogos 2009

~Lagu fav baru jumpa...Layan...~

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati

Setiap malam
Kutunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu...
Kuterasa dunia ini bagai terhenti

Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu
Tak sempat lagi kita bersua bermesra
Engkau telah pergi jauh
Terlerai genggaman mawar dari tanganku

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hati kuini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu dihati

~Adam...Nur Kasih Ep13~

Di resort Nur berurusan dengan Dato Hamzah(terlalu muda untuk bergelar dato tapi cam DatoK pon ada-misai same)..Adam cemburu dengan cara Nor melayan Dato Hamzah(Yes..Yes dalam hati Nor) Hati nor semakin menerima Adam dan Nor sedar akan perubahan adam..Romantiknya Adam ms ajak Nor dinner tp nor xnak, alih2 dok kat balkoni hotel secara bertentangan. Adam dok meja sendri & Nor pon meja sendiri(ala2 candle light dinner walaupun xsatu meja..huhu)

Sara datang KL, Nur terkejut sangat..Nor bawa sara ke rumah dan Nor ceritakan segala-galanya bila sara bertanyakan tentang adam..ada api kemarahan di hati sara bila Nur ceritakan yang selama tidak bersama adam, aidil terlalu mengambil berat terhadapnya, memberi sokongan dan terlalu baik dalam segala hal..

di akhir episod, sara dan adam kelur makan..housemate nur g klinik sbb xsehat(itupon sara y suruh sbb dia sorokkan panadol dr petia ais & xbagi pada dia)..sara col aidil then suh datang umah amik sara sbb sara berlakon kata pening kepala selepas kak nur ceritakan psl hbgn kak nur dan abg adam selama ni..aidil nak datang dan sara terus col JAIS..then bersambung next week..hurm..

*mental betul la sara nie..iskh, ada ker buat mcm tu..ada caranya dan jalan yang baik kalau benar2 cintakan seseorang..bukan dgn cara yang salah..
*suka masa adam kata yang dia jeles Nur baik dgn Dato Hamzah
*suka masa balik dr site, adam dan nur duduk seat belakang..jalan pulak berlubang2..asik2 berlaga muka jer dgn adam..nur ada kata "awak jgn nak amik kesempatan"..pastu berlaga lagi skali adam pulak kata "kalu suka kata suka, jgn nak amik kesempatan kat sy"..ekekek..chumel banget..
*ms nur jatuh & terseliuh, adam dukung sampai kat bilik, then ubatkan kaki nur, scene ni sama mcm episod sblm nie, adam men bola dgn abg & kawan2 pastu luka2 sbb kasar main bole sampai luka kaki tangan..nur la yang tolong letak minyak gamat kat adam..pastu cam nak kissing tapi tipon lak bunyi, aidil col dan cakap psl katrina(aidil nie kacau daun la)
*otw balik ke KL, masing2 duduk seat belakang(naik teksi) tapi xbercakap..dalam diam2 nur genggam tangan adam, adam balas genggaman nur(tapi xbercakap lansung-how could ha??hurm..)
*nur semakin dekat dengan adam, tapi macam mana yer kalu adam bgtau kat nur yang dia bermadu dgn katrina???hurm...

ok se ya on the next episod..

Sabtu, 22 Ogos 2009

~Buat Sahabat & Teman-temanku~

Doa Malaikat jibril "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apb sblm memasuki bln Ramadhan dia tidak bermaafan terlebih dahulu dgn orang-orang sekitarnya"

10jari kususun kpd sahabat, teman & yang mengenali diri ini di atas segala kekhilafan...
samada dgn sengaja ataupun tidak sengaja...
mudah-mudahan Ramadhan ini menjadi pengikat kasih sayang antara kita..
mudah-mudahan Ramadhan ini memberi Mawaddah dalam persahabatan kita..
mudah-mudahan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita..InsY..

~Ramadhan yang kurindui~

Andai perjalanan yang aku lalui hari ini adalah takdirMu..
Aku redha Ya Allah..
Aku mohon ya Allah..
Bukakanlah titian harapan..
Titian kebahagiaan..
Titian kasih..
Titian syurga untukku..
Pimpinkanlah aku untuk menjadi insan yang kuat hatinya..
Insan yang hebat jiwanya..
Insan yang tabah atas segala dugaanMu...
Iringkanlah malaikat di setiap langkahku..
Aku takut langkahku membawa aku ke arah kemurkaanMu..
Ya Allah, perdengarkanlah setiap denyut nadiku..
Aku ingin selalu denganMu Ya Allah..
Degupan jantungku yang inginkan Cinta dariMu Ya Allah..
Terima kasih kerana hadirkan Ramadhan ini untukku..
Kerana Ramadhan ini pengubat kerinduan aku terhadapMu Ya Allah..

Selasa, 18 Ogos 2009

~Bukit Tinggi & UiTM Jengka, Pahang~

Balik dr UiTM singgah Bukit Tinggi, view kat sana cantik sangat..dah lama teringin nak p tapi xkesampaian, ni pun singgah jap jer..amik-amik gambar then terus chow..Frust jugak sbb xpat singgah Japanese House..sampai sana pon dah petang, takot lewat malam sampai KL..
almaklumlah, all lady..lagipun hubby kak wan nak p Perak malam tu..
hurm..next time bole p sbb dah tau & xssh nak g sana..